Sunday, 6 October 2013

DIY PROJECT : Wedding Corsage

Assalamualaikum..

Pagi ni ingatkan nak tulis entry pasal DIY Project yang pernah buat sebelum ni tapi cari gambar pun tak jumpa. Tapi tetap nak share DIY Corsage dari Majalah Pesona Pengantin Online ni sebab caranya agak senang untuk di buat so tak perlu berbelanja lebih & boleh di buat sendiri oleh 'Bride To Be'.

                                Kredit Gambar dari Pesona Pengantin

Bahan-bahan:
Bunga kekwa, Bunga artifisial, Pelekat pelilit dan Pin.

Langkah-langkah:
1.  Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat korsaj ini.
2. Atur bunga kekwa mengikut kreativiti anda sendiri dalam jumlah yang kecil.
3. Kemudian, satukan bunga kekwa tadi bersama dengan bunga artifisial anda.
4. Selepas itu, lilitkan bahagian bawah tangkai kedua-dua bunga itu dengan pelekat pelilit untuk kemasan dan gamkan pin di bahagian belakangnya.

** Nanti nak share dengan belakang tabir sesi pengambaran kami dengan majalah Pesona Pengantin untuk issue March 2013 yang lepas...

.

Friday, 4 October 2013

CONTEST UNTUK 'BRIDE TO BE'

SHARE, LIKE & MENANG.
Hari ni terasa tersangat murah hati untuk adakan contest untuk bakal-bakal pengantin. Anda boleh hebahkan kepada adik beradik anda, saudara mara, jiran atau kawan-kawan yang nak melangsungkan perkahwinan untuk menyertai pertandingan ini. Caranya amatlah mudah, hanya perlu SHARE, LIKE, & MENANG.

Untuk menyertainya sila ke Facebook Fanpage Blume Art Weddings & Deco untuk keterangan lanjut.


Thursday, 3 October 2013

SELAMAT HARI LAHIR BUAT KAKAK KESAYANGANKU YANG TERBAIK DI DUNIA

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM 

ALHAMDULILLAHIRABBIL 'ALAMIN HAMDAN YUWAAFI NI'MAHUU WA YUKAAFI MAZIIDAH. 

YA RABBANA LAKAL HAMDU KAMA YANBAGHI LI JALAALI WAJHIKAL KARIIMI WA ADZHIIMI SULTHONIK. 

ALLAHUMMA SHOLLI 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMADDIN WA 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD. 

Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran kakakku ini,Kau Panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun-tahun sebelumnya.Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah,banyak,berkat dan direstuimu Ya Allah.Jauhkanlah kakakku ini dari belenggu kesusahan. 

Ya Allah Ya Tuhanku...Bukakanlah kepadanya pintu kebajikan,pintu berkat,pintu nikmat,pintu rezeki,pintu kesihatan,pintu keselamatan,pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah ...jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya.

Ya Allah...tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah.Permudahkanlah kehidupannya.Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat.Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya. 

Ya Allah hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikanlah ia bila sampai masanya dalam keimanan.Ya Allah Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik,terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu,Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama,dunia dan akhirat.Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu. 

Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari dirinya dengan cahaya Nur Mu dalam hatinya,telinganya,matanya,kiri kanannya,mukanya,belakangnya,atas dan bawahnya,urat sarafnya,dan pada darahnya,serta dagingnya,rambutnya dan lidahnya..kaki tangannya dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranNya dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Ya Allah,Ampunilah segala dosa-dosanya dan kedua ibubapaku serta keluargaku yang lain dan semua teman-temannya dan muslimin muslimat...kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa. 

Ya Allah jadikan dia juga seorang mukminah yang solehah kepada semua yang berkaitan dengannya. 

Ya Allah..hambaMu ini mengakhiri permintaan ku ini..dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan,kejayaan,kekayaan dan keindahan kepada sahabatku ini di dunia dan akhirat.Kau Jadikan dia hamba yang beriman,bertaqwa,beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu.Ampunilah segala dosanya sedar atau tidak.Jadikanlah dia sebaik-baik wanita iaitu wanita yang solehah seindah hiasan di dunia ni.Pertemukanlah kakak kesayanganku ini dengan Imamnya yang akan membimbingnya di dunia & akhirat.Amin Ya Allah,Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahim,Amin Ya Rabbal 'Alamin. 


SELAMAT HARI LAHIR KAKAKKU...SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI....KAYA,BAHAGIA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT..

Wednesday, 2 October 2013

Dr. Azizan Osman Penipukah Beliau?

ASSALAMUALAIKUM....

Awal pagi ini rasa amat terpanggil dengan pertanyaan orang sekeliling yang merasakan perbezaan, aura & energy yang saya dapat selepas menyertai seminar Intensif Jutawan Industri. Sepatutnya tugasan kami peserta IJI ialah membuat entry 'My Story' tapi entry ini lahir kerana rasa keprihatinan saya di dalam isu yang di timbulkan oleh sesetengah pihak & tidak salah sekiranya saya memberi pendapat peribadi mengenai isu ini.

Bercerita mengenai DAO, saya dahulunya memang amat 'skeptikal' sekiranya sesiapa bercerita mengenai program beliau. Ini kerana dahulu, saya juga seperti anda merasakan seminar Rahsia Tarikh Lahir sebagai mengarut & khurafat. Saya anggap ianya tidak kurang seperti horoskop yang selalunya ada di dalam setiap majalah yang berada di pasaran. Seperti horoskop, walaupun kita rasanya ianya khurafat kerana ianya seperti bersifat 'tilik nasib' tetapi kita tetap membacanya?Sudah tentu kerana sifat ingin tahu kita.
Pengalaman dari kakak saya sendiri yang pernah mengikuti seminar Rahsia Tarikh Lahir di sekitar tahun 2009 menunjukkan bahawa kajian DAO itu hampir tepat mengenai karektor peribadi masing-masing dan pada waktu itu  saya sendiri tidak berminat untuk menggunakan kajian DAO untuk 'menilik' diri sendiri.




'KALAU SUDAH BERJODOHAN, LARILAH KEMANA TETAP AKAN BERJUMPA'....

Disember 2012 saya di temukan semula dengan 'sahabat' lama ( sekarang merupakan tunangan saya ). Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab 'memaksa' saya untuk ke seminar percuma DAO setiap kali beliau membuat siri jelajah ke seluruh Malaysia untuk program seminar beliau. Sesi percuma pertama saya adalah seminar Berani Berniaga 2013 pada awal tahun ini & seminar Jutawan Industri 2013 pada awal September.
Pada program seminar Jutawan Industri 2013 itulah saya rasa terbuka & bertekad untuk menyertai program berbayar yang di adakan baru-baru ini 27-29 September 2013 yang di adakan di PWTC dengan pakej VIP yang bernilai RM997 seorang ( bukan nilai sebenar kerana harga asalnya jauh lebih mahal ) . Tetapi sekiranya membayar pada hari pendaftaran secara tunai atau menggunakan kad kredit / debit & sebagainya akan ditawarkan untuk membawa pasangan secara PERCUMA. Ini bermakna seorang hanya perlu membayar sebanyak RM498.50 seorang.

Saya menyertai seminar ini kerana ingin merasai sendiri impak yang telah menjadi fenomena yang sedang melanda sekarang kerana ramai usahawan berjaya yang lahir di dalam mana-mana program DAO. Saya sendiri boleh senaraikan beberapa orang usahawan yang anda sendiri boleh selidik sama ada beliau benar-benar berjaya ataupun mereka  sebenarnya 'di bayar' oleh DAO kerana di dalam setiap video yang di tunjukkan kepada orang ramai pada seminar percuma mereka mendakwa berlaku perubahan di dalam hidup mereka selepas menyertai program yang di buat oleh DAO. Antaranya pemilik Anis Choc Cake Moist yang di milikki oleh sepasang suami isteri, KAKI PRINTING yang di milikki oleh anak muda yang baru saja menamatkan pengajian, butik pakaian muslimah Sri Munawwarah, Bihun Sufi ataupun boleh tanya kepada Mdm. Kalavathy Rasalingam pemilik Ayur-V Ayurvedic Hair & Beauty Care. Sebenarnya ramai lagi Millionaire atau pun Multi Millionaire yang lahir di dalam program DAO. Secara sinisnya berapa yang DAO sanggup bayar kepada mereka untuk mereka mengaku yang mereka sudah berjaya jika anda merasakan DAO ialah seorang penipu.1 juta??....2 juta??....Sedangkan pendapatan mereka-mereka ini sudah lebih dari RM1,000,000 setahun malah sudah ada yang berpendapatan beratus ribu sebulan.

SEKALI LAGI SAYA INGATKAN ENTRY INI DI TULIS KERANA ADA YANG MENDAKWA DR. AZIZAN OSMAN ADALAH SEORANG PENIPU? dakwaan ini datangnya dari peserta yang pernah menyertai program DAO & mengambil pakej DIAMOND.Peliknya dakwaan ini datangnya dari peserta DAO. Peserta ini mendakwa ada ramai lagi yang telah rasa tertipu..Bagaimana dengan statement ini " Why do people still trust this scumbag? (  di tujukan kepada DAO )..his PhD is not even legit!!!!Saya rasa ini adalah pendapat dari bukan peserta di mana dia sendiri pun mungkin tidak pernah mengikuti seminar DAO & hanya membaca entry-entry blogger yang kejam ataupun mereka-mereka yang berniat tidak elok pada DAO dengan tujuan untuk menjatuhkan.

Wow sentap tak??( Untuk yang pernah menyertai program DAO tak seharusnya sentapkan sebab kita telah di pasakkan di dalam otak untuk berfikiran POSITIF ) Saya masih berharap anda masih berfikiran positif sekarang selepas membaca entry ini, tidak berfikir yang bukan-bukan, ataupun saya sangat berharap iman anda tidak goyang ataupun ada yang sedang menghentakkan kepala atas meja sebab rasa ditipu oleh DAO. :-)

Isu itu timbul kerana peserta ini membayar untuk pakej DIAMOND & di janjikan dengan online personal coaching selama setahun.Pada pendapat saya, isu ini boleh diselesaikan dengan baik antara peserta terbabit dengan DAO atau pun pihak Richwork itu sendiri daripada membuat entry yang akan menjejaskan kredibility DAO sebagai seorang pakar. Beliau juga merupakan manusia biasa, mungkin hidupnya luar biasa tetapi beliau bukanlah seorang 'superman'. Hilang keberkatan ilmu yang diperoleh semata-mata pertikaian yang disebabkan isu duit sedangkan ilmu yang di peroleh itu yang amat berharga. Jika ada graduan-graduan universiti yang merasakan apa yang di ajar oleh DAO adalah sebahagian daripada ilmu yang anda peroleh ketika belajar di universiti. Adakah anda rasa boleh berjaya dengan mudah berbekalkan teori tanpa ada pengalaman jatuh bangun, sepak terajang di dalam perniagaan? Tanpa ada bantuan daripada Mentor?
Sedangkan di sekolah kita sendiri memerlukan cikgu ataupun di universiti kita sendiri masih memerlukan pensyarah? Adakah para graduan ini boleh berkongsi apa yang mereka belajar di universiti selama 3 tahun itu & ringkaskan secara tepat untuk di ajar kepada orang ramai dalam masa 3 atau 4 hari tanpa ada pengalaman berniaga sedikitpun?

ANDA FIKIRKAN SENDIRI

Tuesday, 12 June 2012

Baju Pengantin untuk reception by Oscar from Lagenda Boutique, Maju Junction

Reception dress by Oscar from Lagenda Boutique, Maju Junction
Gray+pink, 2 pieces dress (plain chiffon dress+patch lace on tulle dress with train
With match veil (short plain chiffon)
For rent only
His suit (complete set)
Crown+necklace set
Pink crystal flower
All available for rent
*Terms applied

Pakaian Pengantin dari Qudyn Aziz Kuala Lumpur untuk disewa ♥

Solemnization/Reception dress by Qudyn Aziz Kuala Lumpur
http://qudyn.blogspot.com/2011/05/alia-farhana-akad-nikah-ceremony.html

Off white, Kurung modern, chiffon+patch lace+songket for skirt, beads,pearls & 2D flower
With match veil (can rented seperately)
For rent only
 
Baju nikah..sila focus pada baju tidak pada pengantinnya.. :P


Monday, 28 May 2012

R.A.I.N.B.O.W @ P.E.L.A.N.G.I

View dari depan office
On the way nak balik rumah berhenti jap kat tepi jalan :P
:) Tersangatlah 'jakun'
:-) keluar dari office di suatu petang yang mendung...diiringi hujan renyai..ternampaklah...pelangi @ rainbow....huhu... :-)

Published with Blogger-droid v2.0.4